Assalamualaikum...
Hari ini telah genap 27 hari umat islam berpuasa.. Dari pemerhatian saya didapati ramai peniaga-peniaga mengambil peluang berniaga di pasar ramadhan yang berhampiran. Berbagai jenis masakan dan kueh mueh dijual kepada pembeli. Walaubagaimanapun saya dapati pembeli agak berjimat cermat dalam pembelian juadah pada tahun ini. Ini mungkin kerana peningkatan kos sara hidup yang semakin terasa membuatkan pembeli lebih berjimat cermat. Walaupun kerajaan memberikan bonus hari raya RM450 kepada kakitangan kerajaan, namun saya dapati kuasa beli rakyat agak menurun pada tahun ini.
Kenaikan tarif elektrik dan kejatuhan nilai ringgit telah memberikan kesan yang agak mendalam kepada kuasa beli rakyat. Saya sendiri telah turun meninjau ke Bazar Aidilfitri di Jitra Kedah dan mendapati peniaga hanya menjual pakaian hariraya dan jualan Kueh Raya sangat kurang pada tahun ini... Pakaian raya memang masih laris namun jumlah kuantiti yang dibeli oleh seorang rakyat biasa mungkin berkurangan berbanding tahun yang lepas. Pemilihan utama lebih menjurus kepada harga baju yang menjimatkan namun masih boleh bergaya di hari raya. Bagi keluarga saya... kami pun lebih berjimat cermat pada tahun ini... cukup dengan sepasang baju raya..
Alhamdulillah, perkhidmatan homestay saya pula mula mengorak langkah sulong. Berjaya memberikan khidmat kepada beberapa pelanggan sepanjang bulan ramadhan ini. Pada Hari Raya juga ada pelanggan yang booking homestay... Beraya di Homestay katanya kikiki... Semoga dengan berkat Ramadhan tahun ini, perkhidmatan saya akan lebih maju dan mengorak langkah ke tahap yang lebih tinggi lagi.... Thank-You Ya Allah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perniagaan Ikan Hiasan- DS Betta Farm
Assalamualaikum.. Selamat berjumpa kembali.. Alhamdulillah, akhirnya PKP telah menunjukkan keberkesanannya. Peratus pesakit yang dijangki...
-
Assalamualaikum.. Selamat Bekerja dari Rumah semua... Dunia menjadi gempar akibat dari merebaknya wabak corona yang berasal dari Wuha...
-
Assalamualaikum.. Selamat berjumpa kembali.. Alhamdulillah, akhirnya PKP telah menunjukkan keberkesanannya. Peratus pesakit yang dijangki...
No comments:
Post a Comment