Tuesday, October 8, 2019

Autumn In My Heart..

Assalamualaikum...😜

Detik Solutions merancang bercuti ke Seoul Korea pada penghujung Oktober 2019.. Percutian kali nie memang telah lama planning tapi macam-macam halangan berlaku... Pada tahun 2017 dah nak pergi last-last kena kencing dengan agent travel, duit dah bayar tiba-tiba last minit cakap cancel. terbakar duit banyak juga..

Kali ni apa kata kita try pergi sendiri... semuanya sendiri. Tapi kena tahu juga step by step nyer.. nanti Detik Solutions akan kongsi pengalaman di dalam blok ini yer... Kamsa Hamida...

Sunday, September 15, 2019

Pembinaan Kolam Renang Fibre Part: 1

Assalamualaikum...

Selamat bertemu kembali, Projek baru yang dilaksanakan oleh Detik Solutions sepanjang bulan September 2019.. Pembinaan kolam renang kanak-kanak bersaiz 10kaki(P) x 8kaki(L) x 2kaki(D)..

Kolam ni menggunakan fibre glass yang akan diletakkan di dalam tanah.. Pembinaan adalah secara manual bermula 1 September 2019 (1 Muharram 1441H)..

Berikut sebahagian gambar berkaitan..



Tanah dikorek mengikut saiz kolam




Secara manual menggunakan cangkul... wooo penat wei.. yang penting budget tak burst...😷




Kolam fibre diangkut menggunakan lori... Besar plak kolam nie...



Testing kebocoran... air dimasukkan sepenuhnya...




Bebudak ni dah tak sabar-sabar nak try kolam nie...



Ko tunggulah sampai air penuh ya...



Dah macam ikan lumba-lumba... kikiki



Sebahagian video permulaan projek kolam:





Saturday, June 29, 2019

Madu Kelulut Ori...

Assalamualaikum...

Pihak DS terlebih dahulu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1440H... Kami agak sibuk pada bulan Syawal ini dengan peningkatan tempahan penginapan di Detik Homestay Tanjung Malim. Walaubagaimanapun, dengan sedikit kelapangan yang ada Madu Kelulut Ori perlu diedarkan kepada pelanggan yang sudah lama menunggu...

Kami bukanlah pengedar madu kelulut yang 'big skill' cuma baru sahaja bermula secara kecil-kecilan. Berikut adalah gambar-gambar berkaitan ternakan kelulut yang diusahakan oleh DS.











Saturday, June 1, 2019

Ramadhan 1440H - Kos Sara Hidup

Assalamualaikum...

Hari ini telah genap 27 hari umat islam berpuasa.. Dari pemerhatian saya didapati ramai peniaga-peniaga mengambil peluang berniaga di pasar ramadhan yang berhampiran. Berbagai jenis masakan dan kueh mueh dijual kepada pembeli. Walaubagaimanapun saya dapati pembeli agak berjimat cermat dalam pembelian juadah pada tahun ini. Ini mungkin kerana peningkatan kos sara hidup yang semakin terasa membuatkan pembeli lebih berjimat cermat. Walaupun kerajaan memberikan bonus hari raya RM450 kepada kakitangan kerajaan, namun saya dapati kuasa beli rakyat agak menurun pada tahun ini. 

Kenaikan tarif elektrik dan kejatuhan nilai ringgit telah memberikan kesan yang agak mendalam kepada kuasa beli rakyat. Saya sendiri telah turun meninjau ke Bazar Aidilfitri di Jitra Kedah dan mendapati peniaga hanya menjual pakaian hariraya dan jualan Kueh Raya sangat kurang pada tahun ini... Pakaian raya memang masih laris namun jumlah kuantiti yang dibeli oleh seorang rakyat biasa mungkin berkurangan berbanding tahun yang lepas. Pemilihan utama lebih menjurus kepada harga baju yang menjimatkan namun masih boleh bergaya di hari raya. Bagi keluarga saya... kami pun lebih berjimat cermat pada tahun ini... cukup dengan sepasang baju raya.. 

Alhamdulillah, perkhidmatan homestay saya pula mula mengorak langkah sulong. Berjaya memberikan khidmat kepada beberapa pelanggan sepanjang bulan ramadhan ini. Pada Hari Raya juga ada pelanggan yang booking homestay... Beraya di Homestay katanya kikiki... Semoga dengan berkat Ramadhan tahun ini, perkhidmatan saya akan lebih maju dan mengorak langkah ke tahap yang lebih tinggi lagi.... Thank-You Ya Allah...

Wednesday, May 1, 2019

Oh Homestayku.. Selamat Menyambut Hari Buruh 1 Mei 2019

Assalamualaikum...

Pada 1 Mei, semua warga buruh dan pekerja akan bercuti sempena menyambut hari buruh.. Pihak Detik Solutions juga tidak terkecuali.. Alhamdulillah Detik Homestay berjaya beroperasi pada 15 April 2019...

Ada juga pelanggan yang ingin Check-In lebih awal, namun disebabkan pihak kami tidak bersedia, terpaksalah menolak booking... Detik Homestay telah menerima 2 pelanggan. Satu keluarga ingin ke Politeknik Sultan Azlan Shah pada 28-29 April 2019 dan satu keluarga lagi ke acara sukan di Komplek Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 30 April 2019.

Sepena cuti 1 Mei, Detik Homestay mengambil tindakan menyemak kembali keperluan-keperluan yang telah ditawarkan di Homestay kami. Pembersihan ruang-ruang yang ada ditingkatkan dan penambahan aksesories di ruang sediada ditingkatkan. Insyaallah kami akan cuba memastikan keselesaan kepada pelnggan kami. Anda boleh melihat gambar-gambar terbaru yang telah dimuatnaik di dalam Page Facebook Detik Homestay Tanjung Malim..

Moga terus sukses....

Tuesday, April 16, 2019

Oh.. Homestayku.. April dah la...

Assalamualaikum..

Selamat bertemu kembali.. Saya cuma nak update status Detik Homestay Tanjung Malim untuk pos kali ini...

Kerja-kerja pengubahsuaian kediaman saya menjadi homestay hampir siap.. Aircond telah telah dipasang di kedua-dua bilik bagi memberi keselesaan kepada tetamu. Peti Ais yg baru juga telah dibeli... Internet menggunakan Unifi Turbo, pasti tak der buffering... dan yang paling best Detik Homestay menawarkan Astro full Pakage... Boleh layan movie, Kartun, Bola EPL, Korea dll... memang sampai pagiler menonton TV..

Dikesibukan tugasan harian, memang susah juga nak menyediakan semua kemudahan tersebut... Walaubagaimanapun, dipermudahkan dengan andanya shooping online... Boleh dikatakan hampir 90% alatan dibeli secara online.. Peralatan Homestay mudah dipilih dengan aplikasi atas talian ini... cadar, bantal, selimut dan peti Ais pun saya beli secara online.. Harga memang murah dan menjimatkan masa saya tak perlu ke kedai..

Baki kerja tinggal hanya mengemaskan ruang yang ada, mungkin kena cat sikit dinding yang diconteng oleh anak-anak yang tengah membesar... πŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘¬πŸ‘­πŸ˜‡. Gambar-gambar proses pengubahsuaian akan saya upload nanti... Insyallah... Pelanggan pun dah mula PM nak sewa bilik, tapi apakan daya masih belum sempurna kerja-kerja pengubahsuaian...πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ‘

Saturday, March 30, 2019

Oh Homestayku... Bulan Mac sudah berakhir...

Assalamualaikum...

Selamat bertemu kembali... Bulan Mac 2019 memang amat memenatkan, maklumlah kerja di pejabat pun tengah banyak untuk diselesaikan.. Kerja-kerja memperbaiki kerosakan di rumah cadangan Detik Homestay berjalan dengan lancar. Cuma pemindahan keluar barang-barang asal agak perlahan kerana dapur di Detik Homestay saya masih diguna untuk memasak. Saya perlu mewujudkan dapur baru sebelum semua kelengkapan dapur dipindahkan dari Homestay.

Antara yang telah selesai:

a) Kelengkapan Bilik Master - Sanitary Fitting, King size bed, Mirror with desk, Hanging Rack
b) Kelengkapan Bilik Junior - Sanitary Fitting, Single bed with extra pillow (devan), Cupboard
c) Kitchen - Full Kabinet with gas stove, Kichen sink, oven dan lain-lain
d) Dining - Dining table and 4 chairs
e) Ruang Tamu - Sofa, site table, tv cabinet 

Belum selesai:

a) Aircond di bilik master dan junior
b) Fridge di kitchen
c) Tv and Astro
d) Electric Kettle

Marketing di Facebook masih belum bermula... hanya pengenalan awal tanpa gambar-gambar Detik Homestay.. Belum Promote lagi, walaubagaimanapun dah ramai pelawat yang singgah ke page Detik Homestay... Mungkin tengah mencari homestay untuk urusan di Tanjung Malim...

Jadi, tunggu jer lah yer... insyallah Detik Homestay akan beroperasi tak lama lagi...😍

Friday, February 15, 2019

Bermulanya Februari... Oh Homestayku...

Assalamualaikum... Selamat sejahtera..πŸ˜‡

Pada bulan Februari ni DS agak sibuk dengan perancangan projek-projek yang baru bermula..πŸ˜†

Beberapa bengkel telah dirancang untuk warga Daerah Muallim, menunggu penyertaan dari peserta-peserta. DS juga tengah merancang satu service baru untuk warga Tanjong Malim iaitu service homestay di bawah anak syarikat kami "Detik Homestay - Tanjong Malim".

Detik Homestay (DH) dirancang untuk beroperasi pada penghujung Mac 2019. Proses penubuhan DH akan saya kongsi bersama-sama tuan/puan setelah setup berjaya dilaksanakan...πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ Insyaalllah....πŸ™πŸ™πŸ™ dijemput untuk melawati page saya di facebook: Detik Homestay Tanjong Malim nanti yaaaa....






Monday, January 7, 2019

Assalamualaikum...πŸ‘

Saya dan rakan niaga saya sedang merancang untuk memulakan sebuah perniagaan sampingan... Bukan bisness yang besar pun, yang penting ianya mudah, kos yang rendah tapi menjanjikan pulangan yang besar... Wauuuu.. macam Mat Jenin jer angan-angan kami..

Kami akan memulakan dahulu bisness ini, sekiranya berjaya/menampakkan sinar.. saya akan share kepada anda semua... Insyallah...

Selain dari itu,  saya sendiri telah mengusahakan ternakan lebah kelulut dan penanaman pokok Tin / Fig secara santai dan kecil-kecilan di sekitar rumah. Ini juga akan saya share kepada semua rakan-rakan. Seperti kata pepatah tak cuba tak tahu, dah cuba Eh! Eh! menjadi pula...






Perniagaan Ikan Hiasan- DS Betta Farm

Assalamualaikum.. Selamat berjumpa kembali.. Alhamdulillah, akhirnya PKP telah menunjukkan keberkesanannya. Peratus pesakit yang dijangki...