Sebagai seorang peniaga bumiputra yang baru bertapak di dalam perniagaan di Malaysia, seringkali terpaksa bersaing dengan bangsa lain. Peniaga bumiputra seringkali mengeluh kerana tidak dapat memajukan perniagaan dengan pelbagai alasan sedangkan peluang di luar sana adalah begitu luas dan menyediakan satu platform yang adil. Antara nilai-nilai murni yang perlu ada di dalam diri peniaga-peniaga bumiputra yang digariskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad ialah:
Rajin bekerja
Peniaga bumiputra perlulah lebih rajin bekerja berbanding bangsa lain. Sikap yang tidak mudah berputus asa amat diperlukan walaupun seringkali mengalami kegagalan. Dengan usaha yang gigih tanpa jemu, nescaya kejayaan yang ingin dicapai akan menjelma. Seorang Jutawan Online terkenal "Ali Baba" iaitu Jack Ma juga sering menasihatkan peniaga-peniaga kecil supaya berani mencuba sesuatu yang baru dan belajar dari sesebuah kegagalan
Ber-amanah (Berintekgriti)
Nilai amanah amat diperlukan bagi mendapatkan kepercayaan pelanggan. Seseorang peniaga perlulah jujur, menepati masa dan menjaga kualiti perkhidmatan yang diberikan. Perkhidmatan yang cemerlang akan memberikan rating yang tinggi kepada kejayaan sesebuah syarikat. Sekiranya anda pernah membeli secara online, selain dari harga rendah, kepercayaan pelanggan untuk membeli produk sesebuah syarikat akan dinilai berdasarkan rating, pengalaman syarikat, kepantasan tempoh penghantaran dan komen dari pelanggan. Sekiranya kesemuanya menujukkan nilai positif tertinggi, barulah barang itu akan dibeli. Nilai-nilai murni yang diterapkan dalam semua kepercayaan agama juga secara jelas menggariskan kepentingan nilai ini.
"Dari segi kecerdikan mereka sama saja (dengan orang Cina) tetapi budayanya tidak mahu mendorong diri bekerja kuat, melaksanakan integriti... (Tun Dr Mahathir Mohammad 9/9/2018)"
"Dari segi kecerdikan mereka sama saja (dengan orang Cina) tetapi budayanya tidak mahu mendorong diri bekerja kuat, melaksanakan integriti... (Tun Dr Mahathir Mohammad 9/9/2018)"
Berasa malu dengan kejayaan orang lain
Peniaga bumiputra juga perlu mempunyai sikap malu dengan kejayaan bangsa lain sedangkan seorang bumiputra diberikan pelbagai keistimewaan di negara ini. Insentif-insentif dari agensi kerajaan dan bantuan kewangan dari bank mudah diperolehi bagi memulakan atau meningkatkan perniagaan. Walaupun Dasar Ekonomi Negara (setelah 61 tahun) sering menyediakan peluang yang lebih kepada bumiputra, namun secara jelas peniaga bumiputra telah tercicir jauh kebelakang.
"Bercerai Kita Roboh, Bersatu Kita Teguh"...
No comments:
Post a Comment