Sebelum memulakan sesebuah perniagaan, seseorang individu tersebut perlu mengeluarkan modal. Modal bergantung kepada jenis perniagaan yang akan diniagakan. Dari modal tersebut barulah keuntungan akan diperolehi. Walaubagaimanapun keuntungan tidak akan "datang bergolek" dan kadang-kadang menyebabkan kerugian sehingga mengurangkan modal yang telah dilaburkan. Semua tindakan ini bergantung kepada perancangan dan strategi yang dibuat pada peringkat awal. Ia juga bergantung kepada rezeki yang tertulis oleh yang maha kuasa...
Seperti juga pelaburan yang dibuat di dalam pelbagai medium yang lain, tidak semua pelaburan akan membuahkan hasil yang dijangka. Pokok pangkalnya semua memerlukan perancangan yang teliti dan tahap ketabahan yang tinggi di dalam diri seorang peniaga dan pelabur.
Seseorang peniaga yang baru juga mempunyai hasrat meningkatkan pengeluaran dan memperolehi modal yang tinggi. Seterusnya perniagaan tersebut akan dikembangkan menjadi sebuah syarikat tunggal atau sendirian berhad bergantung kepada jumlah modal yang akan dilaburkan. Bagi merealisasikan hasrat ini, seseorang individu akan mendaftarkan syarikatnya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sebelum pendaftaran dibuat, nama syarikat yang sesuai perlulah dipilih. Ramai juga yang memilih nama sendiri untuk syarikat mereka. Seterusnya bidang/jenis perniagaan perlu disenaraikan mengikut keperluan perniagaan. Modal minima RM60-RM100 diperlukan bagi pendaftaran awal syarikat....