Thursday, October 4, 2018

Bapa Kaya vs Bapa Miskin

Assalamualaikum...

Bapa Kaya vs Bapa Miskin...😋. Saya tertarik untuk berkongsi idea berkenaan pepatah ini... Sebagai seorang anak yang dilahirkan di dalam sebuah keluarga melayu, pesanan yang selalu diberikan oleh bapa ialah; "Belajarlah dengan tekun sehingga mencapai menara gading", "keluar universiti nanti boleh bekerja dengan mudah", "Bekerjalah dalam sektor kerajaan, ada pencen, senang beli rumah".. Naratifnya nasihat ini mungkin sesuai pada zaman 90'an..

Pada zaman 80'an hingga 90'an saya mendapati peluang pekerjaan masih banyak untuk tawarkan kepada siswazah yang baru graduate... saya percaya pada masa ini sebaik sahaja graduate anda boleh memohon pekerjaan dengan mudah. Graduan-graduan juga tidak terlalu ramai dipasaran, maka persaingan masih terbuka. Menjelang tahun 2000 dasar pendidikan lebih tersasar untuk memberikan pendidikan yang lebih luas kepada semua lepasan sekolah. Maka tumbuhlah universiti-universiti swasta yang menawarkan diploma dan ijazah, bagaikan cendawan selepas hujan. Pinjaman pendidikan (PTPTN) juga mudah diperolehi dengan syarat mempunyai surat tawaran dari universiti awam dan swasta. Kesan daripada ini longgokan graduan terjadi sehinggakan graduan lepasan pendidikan guru juga menghadapi masalah untuk mendapat kerja sebagai guru. Tambahan lagi hutang PTPTN, camno nak bayar kalau takder kerja???😖

Bagi kakitangan kerajaan yang telah memiliki pekerjaan, sepatutnya perlulah bersyukur kerana memperolehi pekerjaan yang terjamin. Walaubagaimanapun, didapati keperluan gaya hidup sekarang menyebabkan ada sebahagian kakitangan yang merasakan tidak cukup dengan pendapatan yang diperolehi. Ada yang sanggup kerja 'overtime'💪, membuat bisness online, dan membuat dua (2) kerja dalam satu hari. Mengapakah ini berlaku?..

Bagi bangsa lain selain melayu, budaya mengharapkan kerja kerajaan tidak ada di dalam minda ibu-bapa mereka. Mereka perlu berusaha dengan gigih untuk mencapai matlamat hidup mereka. Sejak dari kecil lagi, anak mereka didik supaya gemar berniaga dan menyimpan duit tabungan. Seperti sabda Rasullullah 9/10 daripada rezeki adalah daripada berniaga.

Tanggapan negatif juga sering ditanam di dalam minda bangsa melayu iaitu; "berniaga kecil-kecil macam ni macamana nak kaya?", "Orang melayu jika berniaga mesti rugi", "Pasaran dikuasai oleh bangsa lain, macamana orang melayu nak berjaya dalam berniaga?".... Mungkin tanggapan ini ada yang benarnya, walaubagaimanapun sekiranya bangsa melayu tidak mencuba berniaga, sampai bila lagi bansa melayu nak kuasai pasaran??... sampai bila bangsa melayu hanya akan menjadi pengguna dan bukan pengeluar?. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengikis nilai negatif ini dari minda anak muda kita..😊

Dengan perkembangan terkini teknologi internet, online bussines, Facebook, Instagram dan lain-lain lagi, saya mendapati peluang perniagaan lebih terbuka dan kompetetif.. Seorang bangsa melayu boleh memesan barang asas secara terus dari kilang-kilang dan mencipta produk baru. Produk tersebut boleh diniagakan kembali secara online dalam Lazada, Shoppe, Mudah dan medium-medium lain yang sesuai. Peniaga lebih mudah untuk menghubungkan pelanggan yang amat memerlukan produk tersebut. Hanya dengan carian mudah Mr. Goggle di kamar tidur anda, urusan perniagaan dapat dibuat. Peniaga kecil-kecilan atau separuh masa dapat melakukan perniagaan hanya di rumah tanpa mempunyai pejabat dan gudang yang besar.

Saya bukan menggalakan anda untuk berhenti 'makan gaji' di sektor kerajaan atau 'swasta'. Cuma ingin membuka minda kita bersama bahawa untuk mendapatkan rezeki tambahan dengan cara berniaga, berbagai cara boleh dicuba. Yang penting semangat jati diri dan kerajinan perlu diterapkan di dalam perniagaan kepada bangsa melayu. Ada juga yang gemar mengambil jalan mudah didalam perniagaan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa yang singkat (Skim cepat kaya),  Skim Pelaburan Emas, akhirnya tinggal debu. Itulah risiko dalam perniagaan yang perlu ditimbang dengan sewajarnya.   

Bagi yang masih tercari-cari pekerjaan (makan gaji), namun masih belum berjaya... jangan putus asa, kerana anda juga boleh berjaya (tanpa makan gaji) dengan melibatkan diri dalam perniagaan. Perasaan malu hendaklah dikikis dan tanggapan negatif lain perlulah dibuang jauh-jauh.. Insyallah berkat usaha dan tawakkal kepada-Nya akan membuahkan hasil... Selamat Maju Jaya.... 

Detik Solutions..

Friday, September 14, 2018

Modal Perniagaan dan Pendaftaran Syarikat

Sebelum memulakan sesebuah perniagaan, seseorang individu tersebut perlu mengeluarkan modal. Modal bergantung kepada jenis perniagaan yang akan diniagakan. Dari modal tersebut barulah keuntungan akan diperolehi. Walaubagaimanapun keuntungan tidak akan "datang bergolek" dan kadang-kadang menyebabkan kerugian sehingga mengurangkan modal yang telah dilaburkan. Semua tindakan ini bergantung kepada perancangan dan strategi yang dibuat pada peringkat awal. Ia juga bergantung kepada rezeki yang tertulis oleh yang maha kuasa...

Seperti juga pelaburan yang dibuat di dalam pelbagai medium yang lain, tidak semua pelaburan akan membuahkan hasil yang dijangka. Pokok pangkalnya semua memerlukan perancangan yang teliti dan tahap ketabahan yang tinggi di dalam diri seorang peniaga dan pelabur.

Seseorang peniaga yang baru juga mempunyai hasrat meningkatkan pengeluaran dan memperolehi modal yang tinggi. Seterusnya perniagaan tersebut akan dikembangkan menjadi sebuah syarikat tunggal atau sendirian berhad bergantung kepada jumlah modal yang akan dilaburkan. Bagi merealisasikan hasrat ini, seseorang individu akan mendaftarkan syarikatnya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sebelum pendaftaran dibuat, nama syarikat yang sesuai perlulah dipilih. Ramai juga yang memilih nama sendiri untuk syarikat mereka. Seterusnya bidang/jenis perniagaan perlu disenaraikan mengikut keperluan perniagaan. Modal minima RM60-RM100 diperlukan bagi pendaftaran awal syarikat....

Saturday, September 8, 2018

Nilai Yang Diperlukan oleh Peniaga Bumiputra...

Sebagai seorang peniaga bumiputra yang baru bertapak di dalam perniagaan di Malaysia, seringkali terpaksa bersaing dengan bangsa lain. Peniaga bumiputra seringkali mengeluh kerana tidak dapat memajukan perniagaan dengan pelbagai alasan sedangkan peluang di luar sana adalah begitu luas dan menyediakan satu platform yang adil. Antara nilai-nilai murni yang perlu ada di dalam diri peniaga-peniaga bumiputra yang digariskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad ialah: 

Rajin bekerja
Peniaga bumiputra perlulah lebih rajin bekerja berbanding bangsa lain. Sikap yang tidak mudah berputus asa amat diperlukan walaupun seringkali mengalami kegagalan. Dengan usaha yang gigih tanpa jemu, nescaya kejayaan yang ingin dicapai akan menjelma. Seorang Jutawan Online terkenal "Ali Baba" iaitu Jack Ma juga sering menasihatkan peniaga-peniaga kecil supaya berani mencuba sesuatu yang baru dan belajar dari sesebuah kegagalan 

Ber-amanah (Berintekgriti)
Nilai amanah amat diperlukan bagi mendapatkan kepercayaan pelanggan. Seseorang peniaga perlulah jujur, menepati masa dan menjaga kualiti perkhidmatan yang diberikan.  Perkhidmatan yang cemerlang akan memberikan rating yang tinggi kepada kejayaan sesebuah syarikat. Sekiranya anda pernah membeli secara online, selain dari harga rendah, kepercayaan pelanggan untuk membeli produk sesebuah syarikat akan dinilai berdasarkan rating, pengalaman syarikat, kepantasan tempoh penghantaran dan komen dari pelanggan. Sekiranya kesemuanya menujukkan nilai positif tertinggi, barulah barang itu akan dibeli. Nilai-nilai murni yang diterapkan dalam semua kepercayaan agama juga secara jelas menggariskan kepentingan nilai ini.

"Dari segi kecerdikan mereka sama saja (dengan orang Cina) tetapi budayanya tidak mahu mendorong diri bekerja kuat, melaksanakan integriti... (Tun Dr Mahathir Mohammad 9/9/2018)"

Berasa malu dengan kejayaan orang lain
Peniaga bumiputra juga perlu mempunyai sikap malu dengan kejayaan bangsa lain sedangkan seorang bumiputra diberikan pelbagai keistimewaan di negara ini. Insentif-insentif dari agensi kerajaan dan bantuan kewangan dari bank mudah diperolehi bagi memulakan atau meningkatkan perniagaan. Walaupun Dasar Ekonomi Negara (setelah 61 tahun) sering menyediakan peluang yang lebih kepada bumiputra, namun secara jelas peniaga bumiputra telah tercicir jauh kebelakang.  

"Bercerai Kita Roboh, Bersatu Kita Teguh"...

Saturday, September 1, 2018

Detik Solutions

Assalamualaikum...
Selamat Sejahtera kepada semua pelawat blog ini..😇

Sempena meraikan hari kelahiran Malaysia 31 Ogos 2018 dan bermulanya 1 September 2018 yang mencabar... (SST 2018 diperkenalkan) saya ter-detik untuk melahirkan sebuah blog Detik Solutions bagi memberi nilai tambah dalam perkongsian pengalaman berniaga dan pengalaman hidup kita bersama.

Blog ini akan membincang pelbagai isu semasa dan kaedah penyelesaian (Solution) dalam masalah kehidupan, perniagaan, pertanian dan sektor pembinaan.

Komen dan tunjuk ajar dari anda semua amatlah dihargai bagi mencapai maksud menyelesaikan (Solution) masalah untuk kebaikan bersama..

Sekian.
Detik Solutions

Perniagaan Ikan Hiasan- DS Betta Farm

Assalamualaikum.. Selamat berjumpa kembali.. Alhamdulillah, akhirnya PKP telah menunjukkan keberkesanannya. Peratus pesakit yang dijangki...