Saturday, July 4, 2020

Perniagaan Ikan Hiasan- DS Betta Farm

Assalamualaikum..

Selamat berjumpa kembali.. Alhamdulillah, akhirnya PKP telah menunjukkan keberkesanannya. Peratus pesakit yang dijangkiti virus Covid-19 telah menurun dengan drastiknya di Malaysia. Sekarang (4/7/2020), Malaysia masih berada dalam fasa PKPP(Fasa Pemulihan) di mana banyak aktiviti perniagaan yang terkesan akibat Covid-19 memulakan kembali perniagaan dengan SOP yang ditetapkan. 

Sepanjang PKP Detik Solutions telah cuba menambah lagi cabang bisnes melalui penternakan ikan hiasan. Ia lebih kepada hobby di masa lapang (part time breader) dan DS akan cuba mengembangkan bisnes hobby ini perlahan-lahan dengan kos yang kecil. Bermula dengan membeli beberapa induk ikan laga secara online, seterusnya ikan dibiakkan dan diternak dengan bantuan dan tunjuk ajar video dari Youtube. Antara channel yang ditonton ialah Badol Channel dan Kalawon Betta Channel... Terima kasih Sifu...

Pembiakan ikan laga tersebut telah berjaya di mana lebih 100 ekor anak ikan laga terhasil dari sepasang induk. Cabaran utama dalam penternakan ikan laga ini adalah untuk mendapatkan makanan kepada anak-anak ikan (Fry). Setelah 5 hari telur menetas task yang agak mencabar kepada DS kerana tiada makanan seperti kutu air dll di Tanjung Malim ini. Jadi DS menggunakan BBS untuk anak-anak ikan tersebut. Setelah genap sebulan barulah anak-anak ikan tersebut tangkas dan sihat. Secara Rasminya DS Betta Farm ditubuhkan pada 4 Julai 2020. Tuan-tuan boleh melawati page Facebook: DS Betta Farm untuk melihat gambar-gambar ikan laga yang akan dibiakkan....


Anak Ikan (Fry) berusia 1 Bulan




Anak Ikan Close-Up















Perniagaan Ikan Hiasan- DS Betta Farm

Assalamualaikum.. Selamat berjumpa kembali.. Alhamdulillah, akhirnya PKP telah menunjukkan keberkesanannya. Peratus pesakit yang dijangki...