Saturday, July 4, 2020

Perniagaan Ikan Hiasan- DS Betta Farm

Assalamualaikum..

Selamat berjumpa kembali.. Alhamdulillah, akhirnya PKP telah menunjukkan keberkesanannya. Peratus pesakit yang dijangkiti virus Covid-19 telah menurun dengan drastiknya di Malaysia. Sekarang (4/7/2020), Malaysia masih berada dalam fasa PKPP(Fasa Pemulihan) di mana banyak aktiviti perniagaan yang terkesan akibat Covid-19 memulakan kembali perniagaan dengan SOP yang ditetapkan. 

Sepanjang PKP Detik Solutions telah cuba menambah lagi cabang bisnes melalui penternakan ikan hiasan. Ia lebih kepada hobby di masa lapang (part time breader) dan DS akan cuba mengembangkan bisnes hobby ini perlahan-lahan dengan kos yang kecil. Bermula dengan membeli beberapa induk ikan laga secara online, seterusnya ikan dibiakkan dan diternak dengan bantuan dan tunjuk ajar video dari Youtube. Antara channel yang ditonton ialah Badol Channel dan Kalawon Betta Channel... Terima kasih Sifu...

Pembiakan ikan laga tersebut telah berjaya di mana lebih 100 ekor anak ikan laga terhasil dari sepasang induk. Cabaran utama dalam penternakan ikan laga ini adalah untuk mendapatkan makanan kepada anak-anak ikan (Fry). Setelah 5 hari telur menetas task yang agak mencabar kepada DS kerana tiada makanan seperti kutu air dll di Tanjung Malim ini. Jadi DS menggunakan BBS untuk anak-anak ikan tersebut. Setelah genap sebulan barulah anak-anak ikan tersebut tangkas dan sihat. Secara Rasminya DS Betta Farm ditubuhkan pada 4 Julai 2020. Tuan-tuan boleh melawati page Facebook: DS Betta Farm untuk melihat gambar-gambar ikan laga yang akan dibiakkan....


Anak Ikan (Fry) berusia 1 Bulan




Anak Ikan Close-Up















Tuesday, April 21, 2020

COVID 19 - Corona Menggemparkan Dunia

Assalamualaikum.. Selamat Bekerja dari Rumah semua... 

Dunia menjadi gempar akibat dari merebaknya wabak corona yang berasal dari Wuhan China. Sehingga ke tarikh posting ini (21/4/2020), angka rakyat malaysia yang berjangkit adalah sebanyak 5,482 kes. Jumlah korban telah menningkat kepada 92 orang.
Rakyat Malaysia khususnya memang agak terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bukan sahaja Makcik Kiah, Upin dan Ipin pun turut terkesan... Anak-anak yang bersekolah mendapat cuti yang panjang... Emak dan bapa pula menjadi cikgu sangkutan di rumah. Nak buka Google Classroom pun pening juga untuk dihadap oleh 4 orang anak yang lasak. Emaknya pun nak kena buat meeting secara Online dengan pengurusan.. Huhuhu...
Aktiviti DS sepanjang PKP ni memang agak terganggu. Begitu juga Detik Homestay yang "totally closed" walaupun ada tetamu yang memohon untuk mendapatkan penginapan homestay, tapi demi keselamatan semua... Maafkan kami... perkhidmatan terpaksa ditutup sementara...
Bagi mengisi masa dihujung minggu, terpaksalah membuat aktiviti dalam rumah sahaja... ini sebahagian dari aktiviti Detik Solution Channel di Youtube:



Perniagaan Ikan Hiasan- DS Betta Farm

Assalamualaikum.. Selamat berjumpa kembali.. Alhamdulillah, akhirnya PKP telah menunjukkan keberkesanannya. Peratus pesakit yang dijangki...