Thursday, October 4, 2018

Bapa Kaya vs Bapa Miskin

Assalamualaikum...

Bapa Kaya vs Bapa Miskin...😋. Saya tertarik untuk berkongsi idea berkenaan pepatah ini... Sebagai seorang anak yang dilahirkan di dalam sebuah keluarga melayu, pesanan yang selalu diberikan oleh bapa ialah; "Belajarlah dengan tekun sehingga mencapai menara gading", "keluar universiti nanti boleh bekerja dengan mudah", "Bekerjalah dalam sektor kerajaan, ada pencen, senang beli rumah".. Naratifnya nasihat ini mungkin sesuai pada zaman 90'an..

Pada zaman 80'an hingga 90'an saya mendapati peluang pekerjaan masih banyak untuk tawarkan kepada siswazah yang baru graduate... saya percaya pada masa ini sebaik sahaja graduate anda boleh memohon pekerjaan dengan mudah. Graduan-graduan juga tidak terlalu ramai dipasaran, maka persaingan masih terbuka. Menjelang tahun 2000 dasar pendidikan lebih tersasar untuk memberikan pendidikan yang lebih luas kepada semua lepasan sekolah. Maka tumbuhlah universiti-universiti swasta yang menawarkan diploma dan ijazah, bagaikan cendawan selepas hujan. Pinjaman pendidikan (PTPTN) juga mudah diperolehi dengan syarat mempunyai surat tawaran dari universiti awam dan swasta. Kesan daripada ini longgokan graduan terjadi sehinggakan graduan lepasan pendidikan guru juga menghadapi masalah untuk mendapat kerja sebagai guru. Tambahan lagi hutang PTPTN, camno nak bayar kalau takder kerja???😖

Bagi kakitangan kerajaan yang telah memiliki pekerjaan, sepatutnya perlulah bersyukur kerana memperolehi pekerjaan yang terjamin. Walaubagaimanapun, didapati keperluan gaya hidup sekarang menyebabkan ada sebahagian kakitangan yang merasakan tidak cukup dengan pendapatan yang diperolehi. Ada yang sanggup kerja 'overtime'💪, membuat bisness online, dan membuat dua (2) kerja dalam satu hari. Mengapakah ini berlaku?..

Bagi bangsa lain selain melayu, budaya mengharapkan kerja kerajaan tidak ada di dalam minda ibu-bapa mereka. Mereka perlu berusaha dengan gigih untuk mencapai matlamat hidup mereka. Sejak dari kecil lagi, anak mereka didik supaya gemar berniaga dan menyimpan duit tabungan. Seperti sabda Rasullullah 9/10 daripada rezeki adalah daripada berniaga.

Tanggapan negatif juga sering ditanam di dalam minda bangsa melayu iaitu; "berniaga kecil-kecil macam ni macamana nak kaya?", "Orang melayu jika berniaga mesti rugi", "Pasaran dikuasai oleh bangsa lain, macamana orang melayu nak berjaya dalam berniaga?".... Mungkin tanggapan ini ada yang benarnya, walaubagaimanapun sekiranya bangsa melayu tidak mencuba berniaga, sampai bila lagi bansa melayu nak kuasai pasaran??... sampai bila bangsa melayu hanya akan menjadi pengguna dan bukan pengeluar?. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengikis nilai negatif ini dari minda anak muda kita..😊

Dengan perkembangan terkini teknologi internet, online bussines, Facebook, Instagram dan lain-lain lagi, saya mendapati peluang perniagaan lebih terbuka dan kompetetif.. Seorang bangsa melayu boleh memesan barang asas secara terus dari kilang-kilang dan mencipta produk baru. Produk tersebut boleh diniagakan kembali secara online dalam Lazada, Shoppe, Mudah dan medium-medium lain yang sesuai. Peniaga lebih mudah untuk menghubungkan pelanggan yang amat memerlukan produk tersebut. Hanya dengan carian mudah Mr. Goggle di kamar tidur anda, urusan perniagaan dapat dibuat. Peniaga kecil-kecilan atau separuh masa dapat melakukan perniagaan hanya di rumah tanpa mempunyai pejabat dan gudang yang besar.

Saya bukan menggalakan anda untuk berhenti 'makan gaji' di sektor kerajaan atau 'swasta'. Cuma ingin membuka minda kita bersama bahawa untuk mendapatkan rezeki tambahan dengan cara berniaga, berbagai cara boleh dicuba. Yang penting semangat jati diri dan kerajinan perlu diterapkan di dalam perniagaan kepada bangsa melayu. Ada juga yang gemar mengambil jalan mudah didalam perniagaan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa yang singkat (Skim cepat kaya),  Skim Pelaburan Emas, akhirnya tinggal debu. Itulah risiko dalam perniagaan yang perlu ditimbang dengan sewajarnya.   

Bagi yang masih tercari-cari pekerjaan (makan gaji), namun masih belum berjaya... jangan putus asa, kerana anda juga boleh berjaya (tanpa makan gaji) dengan melibatkan diri dalam perniagaan. Perasaan malu hendaklah dikikis dan tanggapan negatif lain perlulah dibuang jauh-jauh.. Insyallah berkat usaha dan tawakkal kepada-Nya akan membuahkan hasil... Selamat Maju Jaya.... 

Detik Solutions..

Perniagaan Ikan Hiasan- DS Betta Farm

Assalamualaikum.. Selamat berjumpa kembali.. Alhamdulillah, akhirnya PKP telah menunjukkan keberkesanannya. Peratus pesakit yang dijangki...